GARA-GARA kek perkahwinan, seorang wanita yang juga pengantin baharu naik berang terhadap mentuanya. Menerusi perkongsiannya di laman Reddit, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, berang selepas kek perkahwinan yang disimpan, dimakan oleh ibu dan bapa mentuanya ketika dia dan suaminya berbulan madu. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut, keluarga tuntut siaran 'Live' ketika bersalin ARTIKEL BERKAITAN: Birthday anak, tapi bapa dapat hadiah! Suri rumah tak sangka mampu hadiahkan kereta Honda walau tak sampai setahun jual ubat kurus Ujar wanita tersebut, dia tidak memahami mengapa mentuanya tidak sensitif tentang perkara berkenaan dan cuba meminta nasihat daripada netizen di Reddit. "Saya dan suami memutuskan untuk menghidangkan kek cawan kepada tetamu pada majlis perkahwinan kami dan bercadang menyimpan sedikit kek itu sehingga ulang tahun pertama perkahwinan kami nanti. "Kami tidak mempunyai bajet yang besar, jadi kami berbulan madu selama empat hari sahaja dan mentua saya meminta izin untuk tinggal di rumah kami selama dua hari. "Namun apabila saya dan suami balik daripada berbulan madu, alangkah kecewanya apabila kek itu sudah habis dimakan. Kek tersebut tidak mahal, cuma kami sudah menyatakan kepada mereka, kami mahu menyimpannya. "Ketika ditanya, mentua saya memberi alasan kek yang disimpan selama setahun adalah menjijikkan dan mereka menyuruh kami membeli kek lain. Saya amat sedih kerana ini merosakkan tradisi yang kami mahu lakukan," katanya. Kisah wanita itu mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya berasakan wanita itu berhak untuk berasa marah. "Awak membenarkan mereka tinggal di rumah awak sementara awak berbulan madu dan mereka makan sesuatu yang awak mahu simpan," kata salah seorang pengguna Reddit. "Suruh suami awak memberitahu ibu bapanya, sehingga mereka pergi ke kedai yang membuat kek berkenaan dan membeli semula replika kek itu, mereka tidak dibenarkan datang ke rumah atau kehidupan awak," ujar seorang lagi pengguna Reddit. — Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI