SEORANG lelaki meninggal dunia dipercayai akibat kesan meminum 1.5 liter air bergas dalam tempoh 10 minit ketika waktu cuaca panas, dakwa doktor di China. Mangsa yang tidak dinamakan itu dibawa ke Hospital Chaoyang di Beijing selepas mengalami mengadu sakit perut selama enam jam akibat meminum air tersebut untuk menyejukkan dirinya. Malah dia jantungnya berdegup laju dan bernafas kencang selepas beberapa jam meminum air tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan ARTIKEL BERKAITAN: Bagaikan mati hidup semula, jejaka kacak akhirnya mampu bercakap selepas 6 bulan kemalangan Doktor yang cuba merawatnya menjelaskan air gas itu menyebabkan saluran ususnya mengalami masalah disebabkan gas berkumpul di organ tersebut. Mereka percaya kesan masalah itu menyebabkan oksigen tidak dapat dihantar ke bahagian hatinya, sekali gus menjadi punca kematiannya. Qiang He yang menulis laporan kematian itu berkata, doktor cuba mengeluarkan gas tersebut tetapi mangsa meninggal dunia 18 jam selepas mendapat rawatan. Bagaimanapun seorang pakar kesihatan Britain mempersoalkan dakwaan doktor China itu dan tidak percaya air bergas itu menjadi punca kematian. — Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI