suria

Bagaikan mati hidup semula, jejaka kacak akhirnya mampu bercakap selepas 6 bulan kemalangan

Lewis Roberts cedera parah selepas dirempuh van pada Mac lalu.Foto: Stoke Sentinel/BPM Media

MALANG menimpa Lewis Roberts apabila cedera parah dalam kejadian kemalangan pada 13 Mac lalu.

Dalam kejadian di Leek, Staffordshire, jejaka berusia 18 tahun itu mengalami kecederan di kepala selepas dirempuh sebuah van.

Empat hari kemudian, doktor memaklumkan keluarga bahawa dia sudah tiada harapan untuk hidup kerana kecederaan pada otak.

Malah, doktor turut meminta ahli keluarga bersedia dengan pemergiannya.

Jangkaan itu bagaimanapun meleset apabila dia terus bertahan sehinggalah mampu bercakap semula, enam bulan kemudian.

Menurut kakaknya, Jade Roberts, dia sekeluarga cukup gembira dengan perkembangan positif itu.

"Kami mahu menjerit di atas bumbung. Ini perasaan yang paling seronok. Dia akhirnya dah mampu buka mulut dan berbicara dengan emak.

"Selepas enam bulan tiga minggu dia senyap dia akhirnya dah boleh bercakap. Dia ucap I love you kepada emak," cerita kakaknya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain