suria

Warga emas kerah kudrat mengayuh sejauh lebih 1,200 kilometer

PERJALANAN Farr mengambil masa selama 14 hari bermula di Horry County, Pennsylvania pada Jumaat. —Agensi

SEORANG lelaki warga Amerika Syarikat (AS) masih menguatkan kudratnya apabila aktif berbasikal meskipun usianya mencecah 80 tahun.

John Farr pada Jumaat lalu bersiap sedia untuk mengayuh basikal menerusi program Bike 2 Build sejauh 800 batu (1,287 kilometer).

“Di sini kita hanya mengatasinya. Menghabiskan masa sepanjang hari di luar seperti itu benar-benar pengalaman yang menyenangkan,” katanya.

Ini adalah perjalanan Farr ke-20 untuk Habitat for Humanity dan terjauh setakat ini mewakili komuniti Pennsylvania.

Sebelum ini, dia telah melakukan perjalanan dari kampung halamannya ke Chicago dengan jarak yang lebih dekat.

Isterinya, Cahterine berkata, Farr telah menunggang basikal dari pantai ke pantai dan ditemani seorang rakan, tetapi kali ini dia telah melakukannya seorang diri.

Farr berkata, perjalannya itu penting bagi memberi kesedaran kepada organisasi.

“Saya rasa sebuah keluarga yang tinggal di rumah yang retak harus menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Perjalanan itu mengambil masa selama 14 hari bermula di Horry County pada Jumaat pagi.

Dia menjangkakan sekitar 10 batu (16 kilometer) bagi setiap jam kayuhannya.

Katanya, perjalanan jauh dari jalan raya dengan lalu lintas yang sesat membuatkan perjalanannya menjadi sukar, namun ia adalah tugas yang dia sanggup laksanakan bagi memberi inspirasi kepada orang lain.

"Saya pastinya bukan ‘super human’ atau apa-apa. Saya mengalami penggantian pinggul. Saya menjalani pembedahan jantung. Saya menghidap barah prostat," jelas Farr.

Bermula sebagai sukarelawan di Habitat for Humanity di kampung halamannya di Clearfield County, Pennsylvania, Farr kini menjadi presiden bagi kedai runcit itu.

Farr telah mengumpulkan lebih dari AS$23,000 (RM96,352) tahun lalu dan lebih dari AS$100,000 (RM418,923) dalam perjalanannya selama dua dekad.

The Habitat for Humanity of Horry County ReStore adalah sebuah kedai runcit dengan misi hebat.

Orang ramai dan perniagaan menyumbangkan perabot rumah, peralatan dan bahan binaan yang baru

Ia dijual kepada orang ramai dengan harga lebih rendah. — abc15news

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kayuh, basikal, warga emas

Artikel Lain