AKIBAT terlalu kerap minum minuman tenaga setiap hari, seorang gadis di Switzerland terpaksa dimasukkan ke hospital selepas pengsan di sekolah kerana menderita sakit jantung. Gadis berusia 17 tahun itu, Mascha K, dilaporkan minum 12 tin minuman tenaga setiap hari ketika dia mula bekerja. ARTIKEL BERKAITAN: Anda penggemar minuman bertenaga? Ketahui 5 kesan buruknya untuk kesihatan ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Salahkan Minuman Tenaga Punca Kematian Anak "Ia bermula dengan sebatang rokok dan minuman tenaga setiap pagi, kemudian sewaktu rehat, selepas bekerja dan pada waktu petang ketika bersama rakan-rakan sekerja," kata Mascha. Mascha mendakwa dia telah mengurangkan jumlah pengambilan minuman itu kepada satu atau dua tin sehari tetapi mengakui dia akan berasa kurang bersemangat jika tidak minum minuman tersebut. "Anda hanya menyedari anda minum terlalu banyak ketika ia sudah terlambat," ujarnya. Pada 15 September lalu, Mascha yang bekerja sebagai perantis sektor kesihatan pengsan lalu rakannya terpaksa menghubungi teksi dan membawa gadis itu ke hospital. Doktor menasihati Mascha agar mengurangkan pengambilan minuman tersebut dan kesihatannya mungkin terjejas semula sekiranya masih 'berdegil'. Sewaktu dirawat di hospital, Mascha memuat naik klip video di Tiktok bersama-sama gambar minuman tenaga dengan kapsyen berbunyi: "Jangan minum terlalu banyak." — Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI