suria

Gadis maut selepas tak sengaja gosok gigi guna racun tikus

Gadis itu tidak sengaja mencapai krim racun tikus yang diletak bersebelahan dengan ubat gigi.

SEORANG gadis berusia 18 tahun dari Dharavi, Mumbai di India maut selepas secara tidak sengaja menggosok giginya menggunakan krim racun tikus pada Ahad.

Menurut polis Mumbai, gadis berkenaan Apsana Khan bangun sekitar jam 10 pagi untuk menggosok giginya, pada 3 September.

Apsana yang masih dalam keadaan mengantuk secara tidak sengaja mengambil krim racun tikus kerana ia disimpan bersebelahan dengan ubat gigi dan menggosok giginya.

"Kami mendapati krim racun tikus disimpan di sebelah ubat gigi, jadi dia secara tidak sengaja menggunakannya untuk menggosok giginya," kata seorang pegawai penyiasat.

Tidak lama kemudian, dia menyedari kecuaiannya setelah rasa serta bau yang berlainan lalu meludah dan membilas mulutnya.

Dia kemudian mula merasa pening tetapi tidak memberitahu ibu bapanya kerana takut dimarahi.

Namun keadaannya bertambah buruk sehingga ibunya curiga dan memujuk untuk memberitahu perkara sebenar yang berlaku.

Gadis berusia 18 tahun itu mendedahkan kepada ibunya bahawa dia tidak sengaja menggosok giginya dengan racun tikus.

Keluarganya kemudian membawa Apsana ke hospital Sion tetapi keadaannya terus merosot.

Setelah berpindah ke tiga hospital, ibu bapanya membawanya ke hospital JJ tetapi keadaannya tidak berubah dan meninggal akibat keracunan pada 12 September.

"Dalam laporan doktor mengatakan dia meninggal dunia akibat keracunan. Kami mengumpulkan sampel untuk ujian forensik,” kata sub-inspektor polis Avdhoot Ingole dari balai polis Dharavi.

Kes tersebut dilaporkan sebagai kematian disebabkan kemalangan. -INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain