KASIH ibu terhadap anak tiada nilainya. Satu rakaman video yang menunjukkan seekor ibu beruang mengajar anaknya bermain gelongsor di taman permainan jelas mencuri perhatian ramai pengguna media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Beraninya! Lelaki tangkap buaya hanya guna tong sampah ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara Apple Watch, mangsa langgar lari terselamat Ada yang merasakan detik itu menghidupkan hari-hari pengguna yang menyaksikan detik penuh mesra antara ibu dan anak beruang berkenaan. Video itu dimuatnaik oleh uru di Sekolah Dickson Elementary, Betsie Stockslager dan turun mengenakan kasyen “MADE MY DAY - playground at school... watch the whole thing!!" Pada video itu, ibu beruang dilihat mengajar anaknya yang mungkin sedikit gementar untuk bermain gelongsong di taman permainan. Ibu beruang itu kemudiannya dilihat berlari ke bahagian bawah untuk menanti anaknya. Video yang dikongsikan itu mendapat tontonan lebih 34,000 dan meraih 130 komen. Malah, video itu juga turut dikongsikan semula di beberapa platform lain dan jelasnya ia memberi inspirasi kepada orang ramai. “Terima kasih kerana merakam video yang cukup mencuit hati. Cukup gembira untuk menyaksikannya,” kata seorang pengguna media sosial. Beberapa pengguna lain turut meluahkan keprihatinan mereka terhadap video berkenaan. “Apa yang merisaukan saya, ibu dan anak beruang itu makin selesa untuk kembali ke taman permainan kanak-kanak. “Sepertinya, taman permainan itu perlu ditutup atau mengalihkan beruang itu ke tempat lain.” - Newsable Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI