suria

Terlupa 'flush' tandas boleh dijel di Singapura

SINGAPURA cukup tegas dalam pelaksanaan undang-undang termasuk mengenakan denda kepada individu yang tidak pam tandas awam. — Agensi

KETIKA ini, pintu sempadan negara masih lagi ditutup namun mungkin sudah ada yang mula berkira-kira atau pun menyenaraikan destinasi pilihan untuk dikunjungi.

Tetapi harus diingat, setiap negara pasti mempunyai undang-undangnya yang patut dipatuhi dan ada negara mengenakan hukuman berat ke atas kesalahan kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini sertai operasi pasukan penyelamat...Rupa-rupanya untuk mencari diri sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik tapi benar, gadis 24 tahun akui suka jadi kanak-kanak

Banyak negara yang memiliki tempat cantik yang berbaloi untuk dikunjung tetapi jika Singapura menjadi pilihan, anda patut lebih berwaspada.

Singapura cukup dikenali sebagai antara negara yang cukup ketat dalam penguatkuasaan undang-undang.

Begitu juga soal kebersihan, sesiapa yang didapati tidak pam tandas awam akan dikenakan hukuman denda lebih $150 (RM461).

Tidak hanya itu, jika gagal melunaskan denda, individu yang melakukan kesalahan itu juga boleh dihukum penjara.

Yang pasti, hukuman ini tidaklah bersifat menghukum kerana lebih kepada mendidik tentang kebersihan termasuk dalam kalangan pelancong.

Meludah dan menyambung rangkaian internet yang tidak dilindungi juga boleh mengakibatkan seseorang dihukum di negara republik itu.

Selain itu, Singapura juga melarang penjualan gula-gula getah.

Malah, bermain alat muzik hingga menganggu orang lain juga menjadi satu kesalahan manakala bermain layang-layang hingga menjejaskan lalu lintas turut boleh dihukum.

Selain itu, memberi makan kepada burung merpati dan seni grafiti juga dilarang di sana. - Newsable

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

singapura, flush tandas, hukuman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain