suria

Lelaki ini sertai operasi pasukan penyelamat...Rupa-rupanya untuk mencari diri sendiri

Beyhan Mutlu, 50, (tengah) dilaporkan hilang oleh isterinya sendiri selepas keluar minum bersama rakan-rakannya. — Agensi

SEORANG lelaki bertindak menyertai pasukan menyelamat mencari ‘orang hilang’ namun tanpa sedar operasi berkenaan dilancarkan bagi mencari dirinya sendiri.

Bunyinya agak pelik namun Beyhan Mutlu, 50, dilaporkan hilang oleh isterinya sendiri selepas keluar minum bersama rakan-rakannya sebelum memasuki hutan di Cayyaka, Turki.

Mutlu terpisah dengan rakannya selepas didapati mabuk sehingga mencetus kebimbangan isterinya yang bertindak membuat laporan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi basikal elektrik, ibu dua anak maut terlanggar bahu jalan

ARTIKEL BERKAITAN: "Kasihnya seorang bapa..." Pesara tentera sanggup berjalan berkaki ayam demi rawat anak

Pasukan menyelamat melancarkan operasi mencari selama berjam-jam namun gagal menemui ‘orang yang dicari’.

Bagaimanapun, operasi mencari dihentikan selepas Mutlu terserempak dengan sekumpulan sukarelawan yang turut membantu pihak berkuasa.

Mutlu yang turut serta dengan kumpulan mencari akhirnya tersedar yang operasi berkenaan dilancarkan bagi mencarinya selepas sukarelawan bertugas menjerit memanggil namanya.

Mutlu yang pada mulanya berasa bingung dan bertanya siapakah orang hilang yang sedang dicari.

Ekoran insiden berkenaan, Mutlu diambil keterangan dan dia turut memohon supaya tidak dikenakan hukuman berat.

Menurut laporan pegawai bertugas, Mutlu dibenarkan pulang namun tidak jelas adakah dia akan dikenakan hukuman atau pun tidak. — Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain