MAYAT seorang lelaki yang hilang lebih sebulan lalu akhirnya dijumpai di Black Canyon Trail, Wyoming, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa lalu. Robert “Bob” Lowery, 46, dari Houston meninggalkan Texas pada 19 Ogos lalu bagi memulakan perjalanan ke Jackson Hole, Wyoming. Kali terakhir, dia dilihat berada di Hutan Nasional Bridger-Teton pada keesokan harinya dan selepas itu tiada lagi khabar diterima tentang dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Lima tahun hidup berjiran lelaki rasis, wanita ini kecewa polis enggan ambil tindakan ARTIKEL BERKAITAN: "Hanya kanvas kosong..." Pelukis curi duit muzium, anggap perbuatan itu satu karya Mayatnya kemudian ditemui di Black Canyon Trail dan difahamkan, penemuan itu ada kaitan dengan seorang lagi wanita berusia 22 tahun, Gabby Petito, yang hilang dan ditemui di kawasan sama pada 19 September lalu. Wakil pasukan penyelamat, Trenton Coroner berkata, punca kematiannya masih disiasat. Katanya, sekurang-kurangnya dua orang tampil memberi maklumat mengenai Lowery, sebaik sahaja berita kehilangan Petito mendapat liputan luas media. “Anda tidak pernah tahu mengenai sebilangan kecil maklumat yang dapat membantu. Mudah-mudahan, lebih banyak maklumat akan diketahui untuk membantu keluarga lain,” kata wakil Sheridd Teton County, Chad Sachse. Sementara itu, adik Lowery, Leigh berkata, abangnya baru-baru ini meninggalkan pekerjaannya dalam bidang hartanah di Houston dan menuju ke Wyoming untuk memulakan pekerjaan baharu. Keluarganya khuatir selepas dia tidak menghubungi anak-anaknya Meredith, 12, dan Luke, 15. “Bob (Lowery) sering bercakap mengenai anak-anaknya setiap hari. Dia tidak pernah menghubungi mereka dan sudah 37 hari tiada sebarang khabar berita. Dan itu yang membimbangkan,” katanya. Dalam satu kenyataan, keluarga Lowery berkata, dia adalah seorang bapa, abang dan rakan yang baik. “Keluarga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak media berita dan semua pihak yang terlibat dalam pencarian kami pada masa sukar ini,” kata kenyataan itu. Sementara itu, adik perempuan Lowery, Anne melancarkan kempen GoFundMe untuk mengumpul dana pendidikan untuk Meredith dan Luke selepas kematian ayah mereka. “Anak-anak akan mempunyai kasih sayang tanpa syarat dan menyokong keluarga besar kami. Namun, setelah kematian ayah mereka yang tidak dijangka, kami ingin memastikan bahawa mereka akan diuruskan dengan baik demi masa depan mereka. “Tanpa mengira sumbangan wang, ketahuilah bahawa kami telah merasakan kasih sayang, sokongan dan doa berterusan dari komuniti, keluarga, dan rakan-rakan kami sepanjang tragedi ini. Terima kasih semua dari lubuk hati kami,” katanya. — People Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI