SEBUAH keluarga berkulit hitam di pinggir pantai Virginia Beach, Amerika Syarikat (AS) menerima nasib malang apabila berjiran dengan seorang lelaki yang bersikap tidak matang, sering mengejek mereka dengan suara monyet dan cercaan kaum. Jannique Martinez yang tinggal di kawasan Salem Lakes berkata, pelaku juga bertindak menyalakan lampu berkelip selain menggunakan pembesar suara untuk memainkan muzik Banjo, antara muzik popular Afrika, dengan kuat setiap kali keluarganya keluar dari rumah. Lebih menyedihkan, pihak polis enggan mengambil sebarang tindakan atas alasan kelakuan jiran berkenaan tidak diklasifikasi sebagai perbuatan jenayah. ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi basikal elektrik, ibu dua anak maut terlanggar bahu jalan ARTIKEL BERKAITAN: "Hanya kanvas kosong..." Pelukis curi duit muzium, anggap perbuatan itu satu karya Namun, bandar menetapkan peraturan berkaitan aduan bunyi bising yang berlebihan sebagai suatu kesalahan. Pada masa sama, pihak berkuasa menasihati Martinez untuk membuat aduan ke Pejabat Majistret Virginia Beach.Tetapi sekali lagi kelurga Martinez dimaklumkan bahawa tiada apa tiada tindakan boleh diambil kerana lelaki itu tidak pernah mengancamnya atau mendatangkan bahaya kepada dirinya atau keluarganya. “Setiap kali kami melangkah keluar dari rumah kami, suara monyet akan bermula, dan ini adalah tindakan sangat rasis dan menjijikkan,” kata Martinez. Dia dan beberapa orang jirannya yang lain mengadakan bantahan di luar rumah lelaki itu sebagai amaran namun tidak berhasil. Katanya, dia dan keluarganya yang tinggal di Jessamine Court terpaksa menghadapi masalah itu selama lima tahun. Selain muzik yang kuat dan lampu berkedip, Martinez berkata, jirannya baru-baru ini juga memasang kamera pengawasan untuk memerhati keluarganya setiap kali mereka berada di luar. Bagi mengumpulkan bukti kejahatan jirannya, Martinez merakam audio dengan telefon bimbitnya. “Anak saya takut kepadanya. Ini termasuk situasi N-word (Nigga). Mereka datang kepada saya dan bertanya mengenai perkataan itu. Saya tidak mahu menujukannya kepada anak-anak saya. Saya tidak sangka mereka terpaksa belajar mengenai maksudnya. “Sebenarnya saya berasa seperti tidak berdaya sedikit pun kerana saya telah pergi ke majistret dan saya telah pergi mahkamah sivil. Saya telah bercakap dengan peguam. Saya telah melakukan apa yang saya mampu untuk melakukannya dengan cara yang betul,” katanya kesal. Martinez berkata, bunyi bising itu berterusan selang 15 hingga 30 saat, tetapi semakin rendah apabila pihak berkuasa tiba. — Daily Mail Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SIN