SEORANG artis Denmar 'mengejutkan' pihak muzium apabila menghantar kanvas lukisan kosong dan membawa lari wang tunai ribuan dollar yang dipinjamkan kepadanya untuk menghasilkan semula karya lamanya. Tambah 'mengejutkan' lagi, artis berkenaan, Jens Hanning mendakwa tindakannya itu adalah satu 'karya seni'. Pada mulanya, Muzium Karya Moden Kunsten di Aalborg, Denmark meminta Hanning untuk menghasilkan semula dua karya popularnya iaitu An Average Danish Annual Income yang mengetengahkan konsep wang kertas negara berkenaan dalam bingkai lukisannya serta versi awal An Average Danish Annual Income. ARTIKEL BERKAITAN: Cucu tak yakin lukisan datuk umur 82 tahun boleh jual, tapi berlaku sebaliknya cuma dengan sekali ‘promote’ - “Ramai kirim salam kat atuk” ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan lukis rumput, diberi upah 50 sen... kini pemuda ini puas potret Ariana Grande menjadi! - “Dah banyak kali lukis, tapi buruk” Dalam karya awalnya itu, Haaning meminjam wang dari bank tetapi kali ini, muzium tersebut bersetuju meminjam wang tunai kira-kira AS$71,053 (RM297,534). Harapan muzium itu untuk melihat semula karya berkenaan 'hancur lebur' apabila mereka sekadar menerima dua kanvas lukisan kosong beserta mesej dari Haaning. "Karyanya adalah saya mengambil wang mereka. Ia bukan satu kecurian, ia cuma pelanggaran kontrak dan pelanggaran kontrak adalah sebahagian daripada kerja. "Sudah tentunya saya tidak akan membayar balik. Karyanya adalah saya mengambil wang berkenaan dan tidak akan memulangkan semula," kata Haaning menerusi program radio Denmark, P1 Morgen pada minggu lalu. Dalam pada itu, pengarah muzim tersebut, Lasse Andersen mengatakan Haaning menghantar emel mengatakan adalah lebih menarik untuk menghasilkan karya terbaharu bertajuk 'Take the Money and Run'. "Sudah tentu saya mahu memberikan Haaning hak untuk mengatakan karya baharunya itu dihasilkan adalah hak ciptanya tetapi itu bukan perjanjian yang kami persetujui. "Saya tidak akan membuat laporan polis kerana Haaning mempunyai tempoh masa sehingga 16 Januari untuk memulangkan semula wang tersebut," kata Andersen. — Oddity Central Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI