suria

Angkara Covid-19, lelaki ini bertahan hidup hanya dengan RM37.50 sehari

JEFFREY sebelum ini bekerja sebagai Pengurus Jualan selama lapan tahun. — Agensi

SEORANG lelaki di Leeds, Britain merayu kepada kerajaan negara itu supaya tidak menghentikan bantuan kewangan Universal Credit (UC) sebanyak GB£20 (RM112) yang selama ini sangat membantu meringankan beban hidupnya.

Lelaki berkenaan, Matthew Jeffrey, 38, memberitahu, jika bantuan itu dihentikan, dia hanya memperoleh pendapatan bulanan sebanyak GB£200 (RM1,127).

ARTIKEL BERKAITAN: Bernas atau menyusahkan? Tiga lelaki genius ini ada cara tersendiri alihkan sofa

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta Lego terbesar dunia kini milik Arab Saudi

Jumlah itu katanya, tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan dan komitmen bulanannya.

"Kerana pandemik Covid-19, saya telah kehilangan kerja, malah dihalau dari rumah sewa dengan cara yang tidak adil.

"Bantuan UC sedikit sebanyak mengurangkan beban hidup saya yang turut terpaksa memotong belanja gas untuk pemanas haba di kediaman baharu bagi mengurangkan komitmen bulanan," katanya yang terpaksa mencatu perbelanjaan harian sebanyak GB£6.66 (RM37.50) sehari.

Jeffrey sebelum ini bekerja sebagai Pengurus Jualan selama lapan tahun kini dan kehilangan kerja sejak tiga tahun lalu.

Dia kini tinggal di sebuah kediaman di bawah program bantuan St George’s Crypt and Lighthouse Church.

Selain mendapat bantuan, Jeffrey juga mendapatkan bekalan makanan harian daripada Food Aid Network dan menggadai barang miliknya di kedai pajak gadai untuk wang tambahan.

Jelasnya, dia ingin kembali bekerja tetapi niat itu terhalang kerana kesihatan mental yang dialaminya.

"Mustahil untuk saya hidup dengan GB£50 (RM281) seminggu, namun saya cuba untuk bertahan setiap hari supaya ia mencukupi.

"Saya harap kerajaan tidak memotong bantuan UC kerana saya masih memerlukannya," ujarnya. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain