SEKUMPULAN pelawat di McMurry Natural Area di Fort Collins, Colorado, Amerika Syarikat, terkejut selepas terjumpa seekor burung emu yang tersesat di kawasan hutan itu. Salah seorang pengunjung, Lydia McCracken berkata, dia bersama datuk dan nenek serta anjingnya tidak menyangka akan bertemu dengan burung yang lazimnya hanya boleh ditemui berhabitat di Australia itu. ARTIKEL BERKAITAN: Restoran Macayo buru rekod dunia, hasilkan 'chimichanga' terpanjang ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan iguana larikan diri, rupa-rupanya berjemur atas bumbung Terkesima dengan kehadiran burung berkenaan, McCracken turut merakam kejadian tersebut sebelum berkongsi kejadian itu dalam laman komuniti Reddit. "Burung itu dengan santai datang ke arah kami. "Ia nampak sangat ramah tetapi anjing saya tidak memahaminya dan menyalak ke arah burung itu," katanya. Bimbang akan terjadi apa-apa kepada burung berkenaan, McCracken menghubungi pusat kawalan haiwan. Katanya, dia memastikan pegawai dari pusat kawalan tiba terlebih dahulu sebelum pergi meninggalkan burung itu. "Mereka memberitahu akan menghantar pasukan penyelamat haiwan dan tidak lama kemudian ada beberapa pegawai yang datang bersama polis untuk menangkap burung itu. Jabatan Polis Fort Collins mengatakan bahawa emu itu berjaya ditangkap dan dikembalikan kepada pemiliknya. Namun, jabatan itu tidak menjalankan siasatan mengenai pemilik burung itu atau bagaimana ia boleh ditemui di kawasan semula jadi. Ini kerana, burung emu sah untuk dijadikan haiwan peliharaan di Colorado.— Agensi Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI