suria

Terbiar akibat taufan Katrina, taman tema ini akhirnya jadi ‘sarang hantu’

Taman tema itu sepi selepas taufan Katrina membadai AS pada tahun 2005. Foto: Jeff Hagerman/ mediadrumworld

SEBUAH taman tema di New Orleans, Amerika Syarikat (AS) terbiar sepi selepas ia dibadai taufan Katrina pada tahun 2005.

Terbaharu, satu dokumentari YouTube diterbitkan oleh vlogger Jake Williams membawa penonton meneroka lokasi terbiar yang seram itu.

Menerusi siaran berkenaan, semua tarikan yang ada kelihatan terbiar sepi, seolah-olah lokasi dalam filem seram.

Untuk rekod, taman tema yang dimiliki oleh syarikat Six Flags itu dibuka pada tahun 2000.

Malah, taman tema dengan 21 tarikan permainan itu pernah menerima lebih sejuta pengunjung setahun ketika zaman kegemilangannya.

Namun, semua itu berubah selepas taufan Katrina membadai negara tersebut pada 2005.

Taufan itu turut menyebabkan 1,800 individu terbunuh dan ribuan yang lain terpaksa dipindahkan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain