suria

Lelaki terperanjat temui katak 'zombie' tanpa kepala

LELAKI itu pada awalnya menyangka katak yang ditemui tanpa kepala di tempat kerjanya itu sudah mati. — Agensi

SEORANG lelaki di Ottawa, Kanada, terkejut selepas melihat seekor katak 'zombie' yang tiba-tiba melompat untuk menyelamatkan diri.

Menurut lelaki berusia 32 tahun itu, dia pada awalnya menyangka katak yang ditemui tanpa kepala di tempat kerjanya itu sudah mati.

ARTIKEL BERKAITAN: Bertindak balas terhadap pelanggan kurang ajar, pekerja restoran makanan segera akhirnya dipecat

ARTIKEL BERKAITAN: Dinding rumah berkulat, wanita ini terpaksa buang pakaian bernilai hampir RM6,000

"Saya lihat kepalanya sudah tiada dan lukanya masih berdarah.

"Saya sangka ia telah mati tetapi apabila cuba dekat ia tiba-tiba melompat dan membuatkan saya terkejut," katanya.

Terkejut dengan kejadian aneh itu, lelaki tersebut kemudiannya merakam video katak itu melompat.

Dia juga memfokus ke bahagian otot-otot leher katak itu yang dilihat masih bergerak seperti bernafas.

Tidak sampai hati dengan keadaan katak itu, lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk menamatkan riwayatnya.

Dalam pada itu, menurut seorang profesor sains biologi dari California State University, Prof Emily Taylor, ada kemungkinan seekor katak boleh hidup tanpa otaknya.

"Stem otak mengawal aktiviti dan reaksi untuk organ di bahagian tengah badan seperti degupan jantung, pencernaan dan fungsi lain.

"Jadi, secara teorinya, tubuh dapat bertahan dengan hanya bahagian otak itu, walaupun bahagian otak yang terkait dengan kesedaran, ingatan dan pengambilan keputusan telah hilang," katanya.

Tambahnya lagi, kemungkinan untuk katak bertahan dan hidup dalam jangka panjang tanpa kepalanya, dianggap kecil kerana ia mungkin tidak dapat makan atau melepaskan diri dari pemangsa.— Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain