IBU kepada tujuh bergelut untuk bernafas dan terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa membuang pakaiannya yang bernilai 1,000 pound (RM5,600). Semuanya berlaku selepas rumah yang didiami June Williams, 64, sejak 12 tahun lalu mengalami masalah dinding berkulat. Ekoran itu, Williams yang berasal dari Pontarddulais, Saouth Wales menuntut ganti rugi daripada pihak berkuasa tempatan Swansea. Sejak berpindah ke kediaman tiga bilik itu, Williams bergelut dengan masalah dinding berkulat. Keadaan dinding rumah Williams yang bermasalah kulat. Williams yang terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan turut mendakwa yang anaknya sering jatuh sakit ketika berada di rumah. “Anak-anak selalu jatuh sakit apabila tinggal bersama saya. Pemeriksaan dilakukan hanya mengatakan kejadian itu terjadi kerana berlakukan penguwapan dan saya mempercayainya. “Tetapi saya sentiasa rasakan ada sesuatu yang tidak betul namun mereka cuba untuk mengelak. “Saya berdepan masalah di bilik tidur, walaupun saya mencucinya dengan peluntur, masalah ini akan kembali.” Selain terpaksa membuang pakaian yang rosak, kerosakan pada dinding rumahnya menyaksikan Williams turut kehilangan gambar keluarga. — Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!