SAMA ada bekerja sebagai pelayan atau pun tugasan lain, tidak dapat dinafikan mereka yang bertugas dalam industri perkhidmatan selalu berdepan dengan tindakan kurang ajar pelanggan. Umum mengetahui yang pelanggan sentiasa betul namun realitinya, semua orang tahu situasi itu jelas jauh daripada hakikat sebenar.ARTIKEL BERKAITAN: Dinding rumah berkulat, wanita ini terpaksa buang pakaian bernilai hampir RM6,000ARTIKEL BERKAITAN: Restoran Macayo buru rekod dunia, hasilkan 'chimichanga' terpanjang Begitu juga yang terpaksa dihadapi seorang pekerja restoran makanan segera di luar negara yang terpaksa berdepan dengan individu kurang ajar ketika mengambil pesanan. Seorang kakitangan makanan segera itu yang menggunakan nama @mcdanksbitch di TikTok mendedahkan yang mereka berjaya balas dendam kepada salah seorang pelanggan yang bersikap kasar. “Apabila pelanggan mempunyai perangai jelik, kamu juga ingat yang kami hanya dibayar $8.50 satu jam,” katanya yang bertindak menuangkan sos masam manis ke dalam minuman dipesan pelanggan yang bersikap kurang ajar. @mcdanksbitch #comedy #mcdonalds #work #xyzbca ♬ jealous girl lana del rey - !marvete, the asgardian Daripada muat naik itu, pengguna lain seakan memberikan sokongan dan kejadian itu sepatutnya dapat dielakkan jika semua orang mampu bersikap sopan. “Ini sebabnya kenapa semua orang perlu bersikap baik,” menurut salah satu komen yang ditinggalkan pada ciapan @mcdanksbitch. “Peringatan yang pekerja makanan segera juga mempunyai perasaan,” kata seorang lagi pengguna. Seorang lagi turut menambah: “Jangan main-main dengan orang yang menyediakan makanan.” Namun, tindakan pekerja terbabit sememangnya mengundang padah apabila dia akhirnya mendedahkan telah dibuang kerja gara-gara reaksi balasnya itu menerusi video seterusnya di TikTok. — Mirror Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI