SEBUAH restoran di Arizona, Amerika Syarikat menyambut ulang tahunnya yang ke-75 dengan menyediakan hidangan Mexico chimichanga sepanjang 25 kaki 7 inci dan dipercayai sebagai rekod dunia baharu dalam senarai Guinness World Record. Pengarah Pemasaran dan Pengurusan Jenama restoran Mexico, Macayo, Ashley Negron berkata, pihaknya dimaklumkan belum ada sebarang rekod dan bercadang untuk mendapatkan gelaran itu. Negron berkata, restoran itu mengumpulkan 25 orang pekerja di Ahwatukee untuk merealisasikan rekod berkenaan. Ia memerlukan puluhan dozen tepung tortila, 500 pound ayam, 250 pound kacang goreng, 250 pound beras dan beberapa gelen salsa. Ketika ini segala bukti rekod baharu ini masih dinilai oleh pihak berkaitan sebelum mengesahkan catatan itu secara rasmi. Untuk rekod, restoran itu mendakwa makanan itu mula dihidangkan pada 1940 selepas seseorang secara tidak sengaja menjatuhkan burrito ke tempat menggoreng. Bagaimanapun, cerita itu tidak dapat disahkan lagi ketika ada restoran lain di Tuscon turut mendakwa mencipta hidangan berkenaan pada waktu yang sama. – upi.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SIN