suria

Tragedi basikal elektrik, ibu dua anak maut terlanggar bahu jalan

JENNIFER Macy menunggang basikal elektronik bersama dua anaknya. — YouTube

SEORANG wanita maut dalam kemalangan ketika menunggang basikal elektrik bersama dua anaknya pada hujung minggu lalu di California, Amerika Syarikat (AS).

Jennifer Macy, 36, menunggang basikal elektronik sepanjang San Juan Creek Trail di San Juan Capistrano sekitar jam 8.30 malam pada Sabtu.

Anak-anaknya berusia 3 dan 4 tahun diikat di tempat duduk belakang semasa dia menunggang basikal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kasihnya seorang bapa..." Pesara tentera sanggup berjalan berkaki ayam demi rawat anak

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh burung emu tersesat di Colorado

Ketika kejadian, Macy terlanggar bahu jalan dan ketiga-tiganya terjatuh, menurut stesen berita.

Salah seorang kanak-kanak cedera parah, sementara seorang lagi hanya mengalami cedera ringan dan kedua-duanya diberi rawatan pesakit luar, kata Jabatan Sheriff Orange County.

Pada masa sama, jabatan itu tidak memberi sebarang komen lebih lanjut.

Sumber berkata, kedua-dua kanak-kanak itu memakai topi keledar ketika kemalangan, namun tidak bagi Macy.

Pengarah perubatan trauma di Mission Hospital, Dr. Tetsuya Takeuchi berkata, kemalangan basikal elektrik sering mengakibatkan kecederaan serupa dengan motosikal berbanding basikal biasa.

Kemalangan e-basikal biasanya berlaku pada kelajuan yang lebih tinggi daripada kemalangan yang membabitkan basikal biasa, yang menyebabkan kecederaan lebih teruk, jelasnya. — People

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

basikal elektrik, ibu, bonceng

Artikel Lain