suria

Pelik tapi benar, gadis 24 tahun akui suka jadi kanak-kanak

Danni turut menerima kecaman ramai dan dituduh sebagai pedofilia. Foto: Thereallorem/mediadrumworld.com.

SETIAP individu ada minat dan hobi tersendiri.

Namun, apa yang dilakukan gadis berusia 24 tahun ini menyebabkan rakan-rakan mula menjauhkan diri.

Menurut Danni Hamilton dari Edinburgh, dia suka untuk menjadi kanak-kanak.

Malah, dia juga akan memakai pakaian kanak-kanak untuk memenuhi fantasi dan keinginannya itu.

Sering berkongsi mengenai minatnya di media sosial, dia turut menerima kecaman ramai dan dituduh sebagai pedofilia.

Menurut Danni, dia hanya minat untuk menjadi kanak-kanak pada waktu tertentu sahaja.

"Saya sering mendapat komen negatif. Saya juga digelar sebagai pedofilia.

"Saya hanya buat tak tahu. Saya juga ada hak untuk buat apa sahaja asalkan ia selamat dan tidak melibatkan kanak-kanak," jelasnya.

Kata Danni lagi, pakar terapi yang ditemuinya juga menganggap hal itu sebagai satu perkara biasa untuk dia berhadapan dengan trauma zaman kanak-kanaknya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain