SEORANG tetamu sebuah majlis perkahwinan mendedahkan kisah aneh di mana dia diminta untuk membayar caj tambahan hanya kerana mengambil lebih daripada sepotong kek. Berkongsi kisah tersebut di Reddit, tetamu itu berkata dia terkejut apabila menerima mesej daripada pengantin wanita beberapa hari selepas berlangsungnya majlis resepsi yang dihadirinya itu. "Hey, kami melihat rakaman kamera litar tertutup dan mendapati bahawa anda mengambil dua potong kek perkahwinan. "Kami mengumumkan bahawa tetamu mesti membayar setiap potong kek dan perasan bahawa anda hanya membayar untuk satu potong. Bolehkah anda kirimkan £3,66 (RM20.72) dengan segera?" demikian mesej yang diterima tetamu tersebut. Dia turut memuat naik paparan mesej tersebut di laman berkenaan. Perkongsian kisah tersebut mendapat reaksi daripada netizen namun rata-ratanya meninggalkan komen berunsur sarkastik dan menyindir pengantin berkenaan. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!