DOKTOR bedah di sebuah hospital di Lithuania mengeluarkan lebih daripada satu kilogram paku, skru dan logam lain dari perut seorang lelaki. Pesakit tersebut yang dirahsiakan identitinya dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami sakit perut. Dia mengaku telah mula menelan barangan logam sejak sebulan yang lalu selepas nekad untuk berhenti mengambil minuman beralkohol. Hasil imbasan x-ray pada perutnya menunjukkan beberapa barangan logam yang berukuran lebih daripada 10 sentimeter (cm), menurut doktor. "Selama tiga jam pembedahan, kesemua benda asing bahkan yang terkecil di dalam perut pesakit dikeluarkan," kata doktor bedah, Sarunas Dailidena. Pihak hospital kemudian mendedahkan gambar yang menunjukan dulang pembedahan yang penuh dengan skru, paku dan logam lain yang dikeluarkan dari perut pesakit lelaki tersebut. Pesakit kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Dailystar.co.uk Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI