DALAM dunia ini ada pelbagai jenis manusia dengan ragam berbeza. Namun, ada segelintir individu menjalani gaya hidup yang mungkin tak pernah terfikir dek akal kita. Begitulah kisahnya mengenai Madi Brooks dari Amerika Syarikat (AS) yang mengaku berkongsi suaminya dengan kakak dan ibu sendiri. Wanita itu membuat pendedahan kontroversi berkenan menerusi video TikTok kepada 92,700 pengikutnya. Sejak dikongsi di TikTok, video itu meraih lebih 13,000 komen netizen. Rata-rata netizen mengakui bingung dengan kisah itu yang dianggap tidak masuk akal. Untuk rekod, trend hubungan terbuka itu semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu. Menurut laporan Daily Star, amalan itu juga meningkat 50 peratus di United Kingdom (UK) dalam kalangan remaja sejak sedekad lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!