HAIWAN peliharaan ini umpama anak bagi sesetengah orang. Justeru itu apabila anak bulunya hilang, seorang lelaki sanggup menawarkan kereta klasik miliknya buat individu yang berjaya menjumpai anjingnya itu. ARTIKEL BERKAITAN: Terselamat pandemik selesema 1918, wanita 105 tahun korban Covid-19 ARTIKEL BERKAITAN: Bengang pengantin tak benarkan makan, jurufoto balas dendam... padam gambar album perkahwinan! Anjing jenis bulldog yang diberi nama Stitch dan Chief itu dicuri sewaktu berada di kediaman pemilik mereka McWilliams. Satu laporan polis dibuat McWilliams bagaimanapun dia dimaklumkan bahawa polis Shreveport, sebuah bandar di Louisiana tidak mempunyai anggota yang mencukupi untuk menjadikan kes kehilangan Stitch dan Chief sebagai salah satu keutamaan mereka. Stitch dan Chief hilang ketika berada dirumahnya. Oleh itu McWilliams berusaha untuk menjejaki pencuri terbabit dan dia telah pun mengenalpasti beberapa orang suspek. Anjing-anjing tersebut dikatakan sangat mesra dan telah lari ke sebuah taman dan menyapa seorang lelaki yang kemudiannya mendukung Stitch lalu berjalan pergi dari situ. Lelaki tersebut bagaimanapun berjaya ditahan dan anjing tersebut berjaya diselamatkan. "Dia sangat sukakan orang," ujar McWilliams mengenai Stitch, seekor anjing betina yang sangat mudah percayakan orang tidak dikenali. Menurut laporan, McWilliams dikatakan mengesyaki bahawa lelaki tersebut serta isterinya adalah indivdu yang didakwa melarikan kedua-dua anjingnya. Kereta Plymouth 1967 yang ditawarkan pemilik anjing terbabit kepada sesiapa yang menjumpai mereka. Terdesak untuk mendapatkan semula anjing-anjingnya, McWilliams menawarkan kereta Plymouth VIP tahun 1967 miliknya yang berharga sekitar $5,000 ke $6,000 kepada mereka yang berjaya membawa pulang anjingnya. - Motorious Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI