MALANG menimpa seorang peluncur ombak apabila dia cedera diserang seekor jerung ganas. Kejadian itu berlaku di California, Amerika Syarikat pada Ahad. Dalam kejadian itu, peluncur tersebut yang dikenali dalam kalangan penduduk setempat cedera parah akibat diserang ketika sedang berada di kawasan pantai. Kecederaan itu menyebabkan dia terpaksa merangkak untuk menyelamatkan diri di kawasan daratan. Sejurus kejadian, pasukan penyelamat tiba sebelum mangsa dibawa menerima rawatan di Hopsital Memorial Santa Rosa. Untuk rekod, kejadian sama pernah berlaku di pantai itu pada Mei 2019. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI