BUKAN biasa-biasa! Seorang lelaki dari Benin, Afrika Barat mengkagumkan ramai dengan bakat luar biasanya apabila berjaya membawa 735 butir telur di atas topi. Gregory Da Silva mengimbangi kesemua 735 butir telur yang disusun di atas topi dan diletakkan di atas kepalanya. Halaman Instagram rasmi Guinness World Records (GWR) berkongsi video aksi menakjubkan lelaki berkenaan yang kemudiannya menjadi tular. "Gregory menghabiskan tiga hari memasukkan telur ke dalam topinya untuk mencipta rekod keseimbangan bagi rancangan GWR Khas di China," demikian kapsyen pada video tersebut. Digelar 'Eggman', Gregory sememangnya seorang personaliti tempatan yang terkenal. Dia juga telah mengembara ke seluruh dunia untuk mempamerkan bakat mengimbangkan telur bahkan telah muncul dalam pelbagai rancangan televisyen. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI