BUKAN kali pertama, sebaliknya sudah acap kali kes penipuan pembelian peranti Apple iPhone dilaporkan. Bukan sahaja di negara lain, malah ia juga pernah berlaku di negara kita. Kali ini, seorang lelaki dari India kecewa apabila ditipu ketika membeli iPhone 12 yang ditempah secara dalam talian. Menurut Simranpal Singh, dia menyedari ditipu selepas membuka kotak peranti berkenan yang dihantar ke alamatnya. Bungkusan yang dinanti dengan penuh teruja itu bagaimanapun hanya memberi kekecewaan apabila ia diisi dengan dua ketul sabun. Kejadian itu berlaku pada 4 Oktober lalu. Setelah membuat aduan kepada laman pembelian dalam talian, dia akhirnya menerima semula wang berjumlah RM2,922 yang dibayarnya ketika membeli peranti itu. - India Times. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI