suria

Zaman glamor dah berlalu, bekas bintang realiti TV tinggal dalam khemah

Jasmine pernah menyertai rancangan Small Teen, Bigger World menerusi BBC pada tahun 2011 kini hidup di dalam khemah. Foto: Daily Post Wales.

LAIN orang, lain perjalanan hidupnya.

Begitu juga dengan bekas bintang realiti televisyen ini yang memilih untuk hidup dalam keadaan sederhana.

Jasmine Burkett yang pernah menyertai rancangan Small Teen, Bigger World menerusi BBC pada tahun 2011 kini hidup di dalam khemah bersama tunangnya.

Gadis kerdil berusia 27 tahun itu turut membela seekor anjing di dalam khemah kanvasnya yang terletak di Bodelwyddan, Wales.

Biarpun hidup daif, Jasmine berkata dia gembira dengan apa yang dimiliknya ketika ini.

"Tinggal dalam suasana alam begini memberi kebaikan kepada kesihatan mental saya.

"Kami berdua menderita masalah mental yang berbeza, alam semulajadi banyak membantu kami," ujar wanita itu lagi. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan