PENCURI bertindak kejam apabila mencuri sebuah kerusi roda milik seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) berusia lima tahun. Kerusi roda itu dicuri pada awal pagi Sabtu lalu dari kediaman mangsa di Rosedale Gardens, Roseworth, County Durham di England. Menurut laporan Teeside Live, ibu mangsa, Natalie Roberts berang dan kecewa dengan kejadian itu. Namun pada Isnin, kerusi roda berkenaan dikembalikan semula kepada mangsa oleh seorang individu yang baik hati selepas menemuinya dijual di media sosial. Pembeli itu kemudian menyerahkannya kepada keluarga tersebut selepas menyedari ia adalah barang curi. Polis meneruskan siasatan terhadap insiden yang berlaku pada pukul 3.40 pagi Sabtu, 9 Oktober. Kanak-kanak berusia lima tahun itu mengalami cerebral palsy atau kelumpuhan otak dan mengalami kesukaran untuk berjalan. - Mirror UK Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!