MALANG menimpa seorang wanita apabila dia maut selepas melakukan terjunan ekstrem di Karaganda, Kazakhstan, Isnin lalu. Menurut laporan, Yevgenia Leontyeva, 33, mengalami kecederaan teruk akibat kegagalan teknikal ketika terjunan itu. Difahamkan, tali untuk aktiviti terjunan berkenan tidak dipasang dengan sempurna, menyebabkan dia terhempas ke atas tanah dari ketinggian 24 meter. Yevgenia yang juga seorang penerjun berpengalaman terpaksa menjalani pembedahan, namun meninggal dunia tidak lama kemudian. Mangsa meninggalkan dua anak lelaki dan seorang lagi kanak-kanak yang dijaganya sejak sekian lama. Dalam pada itu, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat insiden itu. Penganjur aktiviti itu juga berdepan hukuman penjara 40 tahun jika didapati bersalah. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!