BEBERAPA foto tersebar di Facebook selepas makhluk aneh yang kelihatan seperti alien atau makhluk asing terdampar di sebuah pantai di Australia. Makhluk misteri itu, berwarna merah jambu dan tembus cahaya, dilihat di perairan cetek di Pantai Urangan di Teluk Hervey, Queensland. Menurut laporan BreezyScroll berhubung penemuan gumpalan aneh, orang awam mengambil gambar dan mempersoalkan sama ada makhluk itu merupakan spesies ikan batu yang terancam. Ikan batu adalah ikan paling berbisa di dunia dan mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang dari satu jam. Namun teori dalam kalangan pengguna Facebook masih belum menemui jawapan mengenai spesies berkenaan, dan adakah ia sebenarnya dari bumi. Timbul spekulasi mengenai ia sebenarnya merupakan bahagian ikan paus atau jerung yang cedera atau telah mati. National Geography mendakwa ia adalah nudibranch, yang biasanya dijumpai di dasar laut dan sebahagian daripada keluarga siput laut. Walaupun lebih 2.000 spesies telah dikenal pasti, spesies baharu nudibranch sering dijumpai. Dilaporkan penemuan aneh di Queensland tu menarik perhatian sekumpulan pakar di Muzium Australia. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI