SEKUMPULAN kanggaru mengambil alih bandar Canberra disaat penduduk terpaksa berkurung di rumah akibat perintah berkurung. Rakaman yang dikongsikan di laman TikTok pada bulan September lalu, menunjukkan tiga ekor kanggaru melompat di sebuah jalanraya yang kebiasaannya sibuk, di tengah-tengah ibu negeri Australia itu. "Akibat perintah berkurung di Canberra, bandar ini menjadi milik kanggaru sekarang," tulis caption di video terbabit. Pemandangan luar biasa itu dirakam selepas lima minggu bandar tersebut diletakkan dibawah perintah berkurung akibat pandemik Covid-19. Kanggaru terbabit dikatakan memanfaatkan pusat bandar yang sepi serta bebas daripada penduduk. Pengguna TikTok yang terhibur dengan rakaman terbabit menyatakan kekaguman mereka melihat alam semulajadi mengambil alih semula bandar tersebut. "Sungguh mengagumkan bagaimana alam menuntut semula milik mereka," tulis seorang pengguna. Perintah berkurung di Canberra bakal berakhir pada pukul 11.59pm pada hari Khamis. Ini bukan kali pertama kanggaru dilihat melompat di bandar terbabit. Pada hari Sabtu lepas (9 Oktober), seekor kanggaru dilihat melompat di Mort Street. Bulan lepas seekor kanggaru terperangkap didalam air yang memberku di Tasik Burley Griffin. Walaupun berusaha untuk menyelamatkannya, kanggaru terbabit terpaksa dimatikan akibat kecederaan parah. - Daily mailDapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI