MEMAKAI perhiasan barang kemas ketika majlis perkahwinan sememangnya menjadi kewajipan bagi kebanyakan budaya. Seorang pengantin perempuan di wilayah Hubei, China menjadi tumpuan gara-gara melaram dengan 60 kilogram perhiasan emas ketika majlis perkahwinannya. Perhiasan emas tersebut adalah pemberian daripada suaminya yang datang daripada keluarga berada. Fotonya yang memakai busana perkahwinan berwarna putih dengan diserikan dengan perhiasan emas yang sarat, menjadi tular di media sosial. Disebabkan perhiasan terlalu sarat dan berat, pengantin wanita tersebut terpaksa berjalan dengan bantuan pasangannya. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI