suria

Angkasawan wanita China pertama lakukan penjelajahan di stesen angkasa baharu

Yaping ditemani dua rakan seperjuangannya iaitu komandan Zhai Zhigang dan Ye Guangfu.

SEORANG wanita China berusia 41 tahun akan melakar sejarah sebagai angkasawan wanita dan penjelajah angkasa pertama yang memasuki stesen angkasa Tiangong.

Ini menandakan perjalanan kedua Wang Yaping ke angkasa kerana misi pertamanya ialah ketika mengorbit Tiangong-1 pada tahun 2013.

Mengiringi Yaping adalah rakan sepasukannya iaitu komandan Zhai Zhigang, 55, dan Ye Guangfu, 41.

Roket Long March 2F Y13, yang membawa kapsul Shenzhou 13 dan tiga angkasawannya berjaya dilepaskan pada Sabtu jam 12.23 pagi waktu tempatan.

"Mimpi adalah seperti bintang di alam semesta. Mereka kelihatan jauh dan tidak dapat dicapai, tetapi selagi kita mencuba, kita ditakdirkan untuk mencapainya," katanya kepada China Central Television dalam sebuah wawancara.

Misi selama enam bulan akan menyaksikan trio itu berada di salah satu daripada tiga modul iaitu Tianhe yang akan dijadikan stesen angkasa Tiangong. - INDIA TIMES

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain