suria

Ngeri! Tiada siapa percaya bau busuk, 8 minggu wanita ini ‘berjiran’ dengan mayat reput

Reagan membuat pendedahan di aplikasi TikTok. foto Tik Tok/ @reaganbaylee

SEORANG wanita menceritakan betapa ngerinya terperangkap di kediaman apartmentnya, bersebelahan di mana rumah yang ditemukan dengan mayat jirannya yang telah reput.

Menurutnya, tiada siapa yang mempercayainya mengenai bau busuk dari rumah jirannya.

Reagan Baylee dari Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mula mengalami masalah tidur pada Mei 2020 semasa 'lockdown' dan terganggu oleh bau seperti 'ikan mati'.

Berkongsi mengenai peristiwa tersebut menerusi sebuah video di aplikasi TikTok, katanya: Bau itu benar-benar mengganggu saya dan ini berlangsung selama berminggu-minggu.

"Tapi pengurus bangunan enggan menghantar orang atau dia datang sendiri kerana pandemik.

"Saya mula fikir mungkin anjing belaan jiran saya yang tinggal di sebelah telah mati atau sesuatu telah berlaku.

"Saya sangat risau, tetapi pengurus saya beritahu dia tidak boleh sewenang-wenangnya mengetuk pintu rumah jiran dan mengganggu mereka," katanya.

Reagan kemudian semakin tidak sihat dan selepas berminggu-minggu akhirnya pengurus bangunan menghantar seseorang untuk menyiasat aduan bau berkenaan.

"Dia berjalan menaiki tangga, bahkan dia tidak dapat menaiki tangga tanpa berasa nak muntah.

"Dia akan mendapatkan kunci utama, seseorang sudah mati.

"Saya terus panik kerana saya mengeluh selama berminggu-minggu dan tidak ada yang mempercayai saya," tambahnya.

Regan berkata, banyak serangga keluar dari rumah jirannya selain bau yang sangat busuk sebaik pihak polis membuka pintu rumah.- Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain