suria

Upacara aneh, mafia simpan ratusan bangkai tikus untuk dimakan

Polis menemui 235 ekor tikus yang telah mati dan disebebelih. Foto: PA.

PELIK tapi benar.

Begitulah kisahnya apabila polis Itali merampas 235 bangkai tikus yang disimpan untuk dimakan dalam satu ritual oleh kumpulan mafia di negara itu.

Ketika serbuan di ladang ganja itu, tiga individu ditahan.

Apa yang mengejutkan, polis menemui 235 ekor tikus yang telah mati dan disebebelih.

Malah, polis turut menemui sangkar yang dipenuhi dengan tikus hidup.

Difahamkan, haiwan itu dijadikan sebagai juadah oleh kumpulan mafia berkenaan.

Ia juga akan dijamu kepada tetamu mereka.

Biarpun menjadi kesalahan untuk menangkap dan makan haiwan tersebut, ia sebenarnya merupakan hidangan biasa bagi sesetengah kawasan di selatan Itali. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain