suria

Remaja gagal rompak stesen minyak selepas dihalang bekas anggota tentera

Suspek mengacu pistol kepada seorang pelanggan yang kemudiannya menepis dan merampas pistul tersebut.

PERCUBAAN sekumpulan individu untuk merompak sebuah stesen minyak terbantut apabila mereka dihalang bekas anggota Kor Marin Amerika Syarikat yang berada di dalam kedai tersebut.

Rakaman kamera litar tertutup kejadian itu telah dikongsi di seluruh platform media sosial dan mendapat ratusan ribu tontonan.

Pejabat Sheriff Daerah Yuma dilaporkan menerima satu laporan berhubung kes rompakan bersenjata di sebuah stesen minyak di bandar Yuma, Arizona, pada hari Rabu.

Mereka dimaklumkan mengenai kehadiran beberapa orang suspek yang cuba memasuki stesen tersebut, dengan seorang daripada mereka dikatakan mempunyai pistol.

Menerusi rakaman CCTV yang disebarkan, suspek yang bersenjata tersebut dilihat menghampiri pelanggan yang didakwa bekas anggota Kor Marin Amerika Syarikat.

Pelanggan tersebut dilihat dengan beraninya menolak serta merampas senjata yang dibawa perompak.

Suspek kemudiannya ditiarapkan ke lantai.

"Dua lagi suspek melarikan diri bila mereka nampak rakan mereka ditahan.

"Pelanggan tersebut berjaya menahan suspek dan merampas senjata yang digunakan sehingga pihak berkuasa tiba," kata Pejabat Sheriff terbabit dalam satu kenyataan.

Suspek yang ditahan adalah seorang remaja. Polis masih mencari dua lagi suspek.

Pejabat Sheriff tersebut turut mengesahkan bahawa individu yang menahan penjenayah tersebut sebagai James Kilcer.

Ketika ditanya tentang bagaimana dia dapat mengendalikan situasi rompakan terbabit dengan tenang, Kilcher menjawab "Kor Marin mengajar saya untuk jangan [main-main]". - USA Today

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain