suria

Tragis... Dua beradik maut makan buah beracun

Amira Chaya dan Jhofran Chaya maut akibat makan buah beracun. foto Newsflash

DUA beradik maut selepas makan buah beracun di kebun nenek mereka.

Kejadian tragis itu berlaku di kampung Montecitos, Colombia, pada Ahad lalu.

Jhofran Chaya, 5, dan adik perempuannya, 3, menyangka mereka menikmati buah epal.

Pada mulanya kedua-dua beradik dalam keadaan baik tetapi mereka muntah dan mengalami sawan sejam kemudian.

buah beracun

Buah beracun yang dikatakan dimakan dua beradik. foto Newsflash

Menurut media tempatan, mereka makan buah merah dari sebatang pokok yang dikenali sebagai 'bola de toro' atau 'huevo de toro' (thevetia ahouai).

Susulan kejadian itu, dua beradik tersebut dikejarkan ke hospital.

Menurut media tempatan El Pilon, mangsa meninggal dunia selepas dua hari dimasukkan ke hospital. - Mirror UK

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

keracunan, buah beracun, maut,

Artikel Lain