suria

Bibir bengkak disengat lipan ketika tidur

Keadaan bibir Nataly selepas disengat lipan. foto am Press/@natalyvgaldino

SEORANG wanita mengalami bibir bengkak selepas ia disengat seekor lipan ketika sedang tidur.

Memetik laporan Mirror, Nataly Galdino, 21, dari Sao Vicente, Brazil, terpaksa dimasukkan hospital selama dua hari susulan terkena sengat serangga itu.

"Saya tarik dan ia tidak mahu lepas. Saya cuba selama lima saat, dengan kesakitan yang tidak tertanggung.

"Saya bangun dari katil, menghidupkan lampu. Saya lihat terdapat seekor lipan di mulut," katanya.

Walaupun sengat lipan biasanya boleh menyebabkan bengkak dan kesakitan, dan tidak berbahaya kepada manusia.

Bagaimanapun, Natalie risau kerana sengat lipan itu di sekitar mulutnya.

Selain mulut bengkak, dia juga mengalami sesak nafas sehingga memerlukan rawatan perubatan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain