suria

Model dihujani ugutan bunuh gara-gara rakam tayang payudara luar gereja

Lola Bunny dikecam kerana rakaman video dirinya menunjukkan payudara, di luar sebuah gereja. foto Newsflash

SEORANG model dihujani ugutan bunuh susulan rakaman video menunjukkan dirinya mendedahkan payudara di luar sebuah gereja.

Wanita itu, yang digelar Lola Bunny, dikecam kerana berkelakuan tidak senonoh di hadapan ikonik Katedral Saint Basil di Moscow, Rusia.

Klip video itu, yang didakwanya dirakamkan beberapa tahun lalu, menunjukkan wanita berambut perang itu menghadap kamera.

Dia kemudian membuat kejutan apabila menunjukkan payudaranya secara tiba-tiba.

Susulan pendedahan rakaman itu di Instagram, model berkenaan menerima mesej berbaur kebencian termasuk ugutan bunuh.

Orang ramai mengecamnya kerana tidak menghormati gereja yang juga merupakan ikonik negara itu.

Lola Bunny kemudian membuat permohonan maaf di atas tindakannya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

model, ugutan bunuh, tayang payudara,

Artikel Lain