suria

Sempoi! Suami isteri namakan 11 anak dengan 4 huruf sama

Gwenny Blanckaert dan Marino Vaneeno bersama 11 anak mereka. foto Facebook/ Mirror

SEBUAH keluarga menamakan 11 anak mereka menggunakan variasi empat huruf yang sama.

Pasangan suami isteri, Gwenny Blanckaert and Marino Vaneeno dari Belgium, hanya menggunakan huruf A, E, L dan X apabila memilih nama anak mereka yang terdiri daripada tujuh perempuan dan empat lelaki.

Pasangan itu bakal menimang cahaya mata ke-12 iaitu lelaki pada April 2022.

Anak sulung mereka bernama Alex berumur 13 tahun, diikuti Axel, 12, Xela, 11, Lexa, 10, Xael, 9, Xeal, 8, Exla, 5, Leax, 4, Xale, 2, Elax, 1 dan Alxe berusia enam bulan.

Dua tahun lalu, Gwenny, 32, memberitahu HLN bahawa mereka menamakan anak sulung mereka dengan nama bapa tiri Marino kerana mereka menganggap nama tersebut cantik.

"Nama anak kedua kami menjadi Axel dan selepas itu kami mula bingung.

"Kami sedar nama mereka dengan huruf yang sama, jadi kami memutuskan untuk meneruskannya," katanya. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

nama anak, 11 anak,

Artikel Lain