suria

Lelaki didakwa tumbuk tiga kali dan tampar muka kanak-kanak lembam berusia tiga tahun

Seorang kanak-kanak menjadi mangsa dera teman lelaki ibunya sewaktu dia berusia tiga tahun.

KECEWA kerana terlepas kelahiran anaknya, seorang lelaki di Singapura menumbuk dan menampar anak perempuan teman wanitanya yang berusia tiga tahun.

Lelaki berusia 24 tahun itu pada Isnin (25 Oktober) mengaku bersalah mendera kanak-kanak tersebut yang kini berusia lima tahun.

Dua lagi pertuduhan mendatangkan kecederaan akan dipertimbangkan apabila dia dijatuhkan hukuman pada 10 Disember.

Lelaki tersebut dilaporkan sedar bahawa kanak-kanak itu mengalami masalah perkembangan mental yang perlahan.

Semua pihak yang terlibat dalam kes ini tidak boleh dinamakan untuk melindungi identiti mangsa.

Lelaki tersebut dikatakan menjalinkan hubungan dengan ibu kanak-kanak tersebut yang berusia 23 tahun.

Suspek mula tinggal bersamanya teman wanita dan anak perempuannya pada Februari 2019.

Pada 22 Februari tahun lalu, kira-kira jam 3 pagi, teman wanitanya itu sakit untuk bersalin dan ambulans dipanggil untuk menghantarnya ke hospital.

Suspek bagaimanapun terpaksa mencari individu yang boleh menjaga mangsa sebelum dia boleh pergi ke hospital.

Dia kemudiannya memutuskan untuk menghantar kanak-kanak tersebut kepada neneknya.

Kecewa kerana dia terlepas saat kelahiran bayinya yang baru lahir, lelaki tersebut melepaskan kemarahannya kepada kakak-kanak tersebut yang menangis sewaktu dalam perjalanan ke flat neneknya.

Dia dilaporkan menumbuk pipi kanan gadis itu sebanyak tiga kali dan menampar mukanya, untuk menghentikan tangisannya.

Nenek mangsa yang dikejutkan dengan kehadiran suspek dan cucunya itu pada awal pagi kemudiannya membawa kanak-kanak tersebut ke biliknya untuk tidur.

Beberapa jam kemudian, dia bangun untuk memeriksa kanak-kanak tersebut sebelum ternampak kesan lebam di muka serta kecederaan lain di badan mangsa.

Neneknya menyoal kanak-kanak tersebut mengenai kecederaannya dan dia hanya menjawab "Ayah, mama".

Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis.

Kanak-kanak tersebut dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dia mengalami lebam di pipi selain kesan parut di dagu, dan kecederaan lain.

Mangsa kemudian tinggal bersama saudara mara sebagai langkah keselamatan yang ditetapkan apabila ibunya melawatnya.

Namun atas permintaan kanak-kanak tersebut, dia kembali tinggal bersama ibunya dan suspek pada 3 Jun tahun lalu.

Pihak berkuasa bagaimanapun akan mengadakan lawatan tidak berjadual untuk memeriksa keadaan mangsa. - Yahoo News

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

dera, ayah tiri, cedera, lebam, tumbuk, tampar

Artikel Lain