NETIZEN digemparkan dengan rakaman video yang menunjukkan seekor labah-labah gergasi merayap di sebuah dinding bilik.
Rakaman itu menunjukkan haiwan berkenaan merayap secara perlaha-lahan di sekitar sebuah bilik.
Ia mempunyai kaki yang panjang dan berbulu.
Malah, ia juga kelihatan jauh lebih besar daripada mana-mana labah-labah biasa meskipun tidak dikenal pasti jenisnya.
Seorang wanita tidak bernasib baik apabila berada di dalam bilik yang sama dengan labah-labah tersebut.
Puluhan ribu telah menonton video tersebut, yang dirakamkan di Tobago dekat kepulauan Caribeean menerusi perkongsian di laman Instagram dan TikTok.
Rata-rata netizen terkejut dengan labah-labah gergasi itu dan membuat pelbagai reaksi. - Daily Star
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI