SEORANG influencer Instagram dari Miami menerima kecaman hebat di media sosial gara-gara bertindak mengambil gambar di hadapan keranda mendiang bapanya. Jayne Rivera turut memuat naik gambar-gambar tersebut di laman Instagram dengan menulis kapsyen: "RIP Papi, kamu adalah kawan baik saya. Sebuah kehidupan yang dilalui dengan baik." Menerusi lapan keping gambar yang dimuat naik di laman tersebut, kelihatan Jayne berdiri di hadapan keranda dengan memakai sut hitam yang mendedahkan dada dan sebelah lengan serta berstoking. Model berusia 20 tahun itu turut dilihat memberikan senyuman dalam beberapa keping gambar. Namun kesemua gambar tersebut telahpun dipadamkan selepas mendapat kecaman hebat netizen yang menyifatkannya sebagai biadab. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!