suria

Ribuan pengunjung dijangka melawat taman botani, ramai teruja nak tengok ‘pokok zakar’

Pokok itu juga menghasilkan buah yang boleh dimakan.

TUMBUHAN pelik dengan bau yang busuk ini dikenali dengan nama 'pokok zakar' dalam kalangan warga Eropah.

Pokok Amorphophallus decus-silvae itu turut dikenali dengan nama 'bunga mayat' kerana ia memiliki bau yang kuat dan busuk.

Sejak ditemui di Eropah, ia baru sahaja berkembang mekar sebanyak tiga kali.

Dalam habitat asalnya di Indonesia, pokok itu boleh mengambil masa selama tujuh tahun untuk mekar.

Minggu ini, taman botani Universiti Lediden di Netherland berkongsi berita gembira mengenai tumbuhan itu.

"Akhirnya. Pokok zakar kami telah berkembang mekar. Ia turut mengeluarkan bau," tulis pengendali Instagram itu.

Dijangka ribuan pengunjung akan melawat taman botani itu bagi melihat sendiri keunikan pokok tersebut.

Untuk rekod, pokok itu juga menghasilkan buah yang boleh dimakan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain