suria

Letusan gunung berapi tarik pelancong ke pulau La Palma, Sepanyol

Pelancong tiba di anjung tinjau Tajuya untuk melihat gunung berapi Cumbre Vieja. foto Reuters

PELANCONG seperti Olga Reinoso mengambil kesempatan pada cuti umum sempena All Saints' Day untuk menyaksikan letusan gunung berapi di pulau La Palma di Sepanyol.

Mereka turut berbelanja bagi membantu meningkatkan ekonomi di pulau itu.

"Secara pasif, cara kami untuk membantu dengan datang ke sini melawat gunung berapi, yang merupakan sesuatu yang unik.

"Tetapi kami menyumbang wang dengan berbelanja di hotel, restoran dan kereta sewa," Reinoso, yang berasal dari pulau berhampiran, Fuerteventura, kepada Reuters.

Pelan Kecemasan Gunung Berapi Canary Islands (Pevolca) mengehadkan akses ke jalan raya berhampiran gunung berapi Cumbre Vieja supaya pasukan keselamatan dan kecemasan boleh beroperasi semasa pelawat tiba pada hujung minggu All Saints' Day.

Bagaimanapun, Pevolca menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi membolehkan orang ramai mengakses ke kawasan gunung berapi dari jarak selamat.

Sejak letusan bermula pada 19 September, lava dari gunung berapi meliputi hampir 900 hektar (2,200 ekar) tanah, mengakibatkan kemusnahan kira-kira 2,000 bangunan dan banyak kebun pisang.

Lebih 7,000 orang terpaksa berpindah dari rumah mereka susulan letusan gunung berapi itu. - Reuters

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain