suria

Pelajar gempar pensyarah adakan kelas online di bilik mandi, nampak jelas berbogel

Pensyarah itu sedang mengadakan kelas online ketika kejadian berlaku. foto SBS

SEORANG pensyarah di Korea Selatan dilaporkan memberi kuliah dalam talian ketika berada di bilik mandi, dan secara tidak sengaja menghidupkan kamera.

Pensyarah yang tidak didedahkan namanya itu, sedang mengadakan kelas untuk para pelajarnya di sebuah universiti di Seoul, ibu negara Korea Selatan.

Kelas tersebut sepatutnya diadakan secara audio sahaja, namun entah bagaimana kamera milik pensyarah itu dihidupkan, lapor penyiar tempatan SBS.

Pelajar dapat melihat dengan jelas pensyarah berkenaan berbogel di bilik mandi.

Bercakap kepada pemberita, seorang pelajar berkata: "Ia sangat mengejutkan. Saya datang untuk kuliah, bukan untuk mandi air panas.

"Pensyarah itu bagaimanapun tidak bercakap mengenai kejadian itu dan meneruskan kelas seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tapi kami terus mendengar percikan air."

Pensyarah berkenaan telah menghantar emel kepada para pelajarnya untuk memohon maaf, memberitahu mengalami kesan sampingan selepas mengambil dos kedua vaksin Covid-19.

Tambahnya, kejadian malang itu hanya berlaku kerana dia enggan membatalkan kelas.

Universiti tersebut dalam satu kenyataan berkata, jawatankuasa kakitangan akan bermesyuarat menyiasat kejadian itu.

Berdasarkan keputusan jawatankuasa, tindakan tatatertib mungkin akan diambil terhadap pensyarah berkenaan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain