suria

Penuh emosi... mesej ibu tujuh kali keguguran ditemui di padang sejauh 120km

Belon yang mengandungi mesej Kay Green yang mengalami tujuh kali keguguran. foto Kay Green

SEORANG ibu yang mengalami tujuh kali keguguran terkejut apabila belon tanda penghormatan yang dibuatnya ditemui di sebuah padang sejauh 120 kilometer dari rumahnya.

Kay Green, menerima mesej menerusi Facebook dan memberitahunya bahawa belon besarnya ditemui di tengah-tengah padang di Billericay, Essex di England, bulan lalu.

Bercakap kepada EssexLive, wanita berusia 24 tahun itu berkata, “Ia hanya satu penghormatan. Ia satu penghormatan kepada saya, keluarga saya dan bayi saya.

"Rasanya seperti seseorang benar-benar mengambil berat tentang kami, seseorang telah meluangkan masa untuk melakukan sesuatu yang ajaib buat kami.

"Ia sangat menyentuh hati dan ia menenangkan emosi saya. Saya berasa luar biasa," kata Green.

Ricky Harper, 58, menemui belon berwarna biru dan merah jambu itu pada pagi 11 September lalu ketika bersama rakannya sedang mengesan logam di padang.

Katanya, mesej yang tertera pada belon tersebut mengundang sebak.

Belon itu tertera perkataan 'Baby Green' dan mengandungi gambar imbasan bayi dalam kandungan.

Ia disertakan bersama nota yang dilampirkan daripada Kay dengan mengarahkan individu yang menemuinya supaya menghubunginya.

Selepas penemuan penuh emosi itu, Ricky memberitahu isterinya, Julie Watson, untuk menghubungi Kay.

Dia kemudian memutuskan untuk menanamnya di sebatang pokok oak yang besar di ladang dan berdoa untuk bayi itu. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

belon, ibu keguguran, bayi, penemuan emosi,

Artikel Lain