SEORANG maut dalam nahas sebuah kereta kabel jatuh terhempas di kawasan pergunungan di Republik Czech. Kereta kabel itu terlepas dari kabelnya dan terjatuh pada ketinggian 3,300 kaki, mengakibatkan beberapa mangsa cedera. Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk memindahkan pengguna dari kabin lain. Perkara tersebut disahkan oleh seorang jurucakap khidmat penyelamat. Kereta kabel itu menghubungkan gunung Jested sepanjang 1,000 meter menerusi penggunaan dua kabin, masing-masing dikendalikan oleh seorang kakitangan. Kemalangan tragis itu berlaku ketika kereta kabel terbabit dilaporkan akan diselenggara pada Isnin. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI